Dear Readers,
Kesinambungan dari topik yang lepas tentang Antivirus, GT nak kongsi pula tips2 penjagaan PC kita dari ancaman virus dan spyware, dua benda asing yang tidak akan pernah berpisah dari alam komputer. Juga penjagaan ini dapat memastikan fail2 kita berada di dalam keadaan selamat sentiasa. Semoga mendapat manfaat hendaknya..
- Periksa firewall OS dan pastikan ianya diaktifkan. Firewall dapat membantu dari serangan penggodam yang cuba untuk mencuri, memadam data2 di dalam PC dan semasa online. Juga boleh membuat kan PC anda menjadi mulfunction dll. Untuk Windows XP, dihujung kanan taskbar anda, klik kan icon berbentuk 'perisai' dan tetingkap Windows Security Alert akan dipamerkan. Pastikan ia di dalam status 'ON'.
- Pastikan juga OS anda dikemaskini. Untuk menetapkan kemaskini secara automatik, klik pada icon 'perisai' dan pastikan ia di dalam status 'ON'. GT menetapkan nya kepada 'OFF' kerana updates2 tersebut boleh dilakukan secara manual. Tambahan, by turning automatic updates, ia sebenarnya memperlahankan kelajuan internet serta memperlahankan prestasi PC, jadi baik turn 'OFF' jika anda tahu bagaimana hendak kemaskini secara manual.
- Kemaskinikan juga perisian Antivirus anda. Pastikan ia up to date. Dengan ini, database perisian Antivirus anda mendapat definisi yang baru.
- Jalankan backup files anda secara berkala samada burnkan ke dalam CD/DVD atau simpan di dalam pemacu storan luaran.
- Elakkan dari double click dan mengakses terus USB storage apabila disambung ke PC, dan elakkan Autoplay dari membiarkan ia mengakses terus USB storage tersebut. Sebaiknya, jalankan imbasan Antivirus pada setiap kali storan luaran ini disambung ke PC.
- Hanya download dari trusted web. Berhati-hati semasa mendownload file2 percuma.
- Gunakan akaun biasa, bukan Administrator jika anda berhajat untuk surfing dan downloading. Tukar kata laluan Administrator akaun anda secara berkala.
- Tutup tetingkap pada butang X di sudut atas kanan tetingkap, atau tekan ALT+F4.
0 comments:
Post a Comment