Backup Driver PC

Saturday, May 1, 2010

Dear Readers,

Dalam post yang terdahulu, GT telah menulis mengenai reformat PC. (rujuk sini) dan di dalam post tersebut ada GT mention mengenai CD/DVD Driver yang sudah diketahui sangat penting bila proses reformat nak dijalankan. Macam mana jika kita ada CD/DVD tu, tapi malangnya driver di dalamnya sudah corrupt, atau disc tersebut hilang? Mahu surf diinternet, connection pula slow atau tiada.

Bawa bertenang, kerana hari ini GT mahu introduce sebuah perisian yang mampu mendapatkan dan menyimpan driver anda di saat anda perlukan nya, tanpa perlu mendownload driver2 tersebut. Selain itu, ia juga amat berguna jika suatu hari nanti berlaku kegagalan pada sistem PC anda; kegagalan yang melibatkan fail2 pemacu corrupted; perisian ini boleh membantu, dan apa yang penting? Kerjasama? LOL, itu wonderpet meh..
yang penting perisian ini adalah percuma.. tapi perlu daftar dahulu untuk mendapat registeration code.

Suka tak? ^^

DiverMax (Download link and Tutorial)

Berikut adalah beberapa screenshot perisian ini.




Tuzki Bunny Emoticon**sediakan payung sebelum hujan.


Antivirus Percuma

Friday, April 23, 2010

Dear Readers,

GT diminta oleh seorang rakan untuk menyenaraikan perisian Antivirus percuma di internet. Mesti ada readers yang tertanya-tanya selain dari AVG Free yang pofular gitu, ada tak Antivirus percuma yang lain?

Ya, semestinya ada. Berikut GT sediakan pautan untuk Antivirus percuma yang lain. Sila pilih yang mana berkenan di hati.

Selamat Mencuba ^^


Avira AntiVir
AVG Free
ClamWin Free
Comodo Free Anti Virus
PANDA ActiveScan 2.0



Tuzki Bunny Emoticon**barang free mesti laku kan. Bagi GT, barang free macam ni selalu nya untuk promosi saja, bukan benar2 berkesan. Lalala~


Penjagaan PC dari ancaman

Monday, April 5, 2010

Dear Readers,

Kesinambungan dari topik yang lepas tentang Antivirus, GT nak kongsi pula tips2 penjagaan PC kita dari ancaman virus dan spyware, dua benda asing yang tidak akan pernah berpisah dari alam komputer. Juga penjagaan ini dapat memastikan fail2 kita berada di dalam keadaan selamat sentiasa. Semoga mendapat manfaat hendaknya..


  • Periksa firewall OS dan pastikan ianya diaktifkan. Firewall dapat membantu dari serangan penggodam yang cuba untuk mencuri, memadam data2 di dalam PC dan semasa online. Juga boleh membuat kan PC anda menjadi mulfunction dll. Untuk Windows XP, dihujung kanan taskbar anda, klik kan icon berbentuk 'perisai' dan tetingkap Windows Security Alert akan dipamerkan. Pastikan ia di dalam status 'ON'.


  • Pastikan juga OS anda dikemaskini. Untuk menetapkan kemaskini secara automatik, klik pada icon 'perisai' dan pastikan ia di dalam status 'ON'. GT menetapkan nya kepada 'OFF' kerana updates2 tersebut boleh dilakukan secara manual. Tambahan, by turning automatic updates, ia sebenarnya memperlahankan kelajuan internet serta memperlahankan prestasi PC, jadi baik turn 'OFF' jika anda tahu bagaimana hendak kemaskini secara manual.

  • Kemaskinikan juga perisian Antivirus anda. Pastikan ia up to date. Dengan ini, database perisian Antivirus anda mendapat definisi yang baru.

  • Jalankan backup files anda secara berkala samada burnkan ke dalam CD/DVD atau simpan di dalam pemacu storan luaran.

  • Elakkan dari double click dan mengakses terus USB storage apabila disambung ke PC, dan elakkan Autoplay dari membiarkan ia mengakses terus USB storage tersebut. Sebaiknya, jalankan imbasan Antivirus pada setiap kali storan luaran ini disambung ke PC.

  • Hanya download dari trusted web. Berhati-hati semasa mendownload file2 percuma.

  • Gunakan akaun biasa, bukan Administrator jika anda berhajat untuk surfing dan downloading. Tukar kata laluan Administrator akaun anda secara berkala.

  • Tutup tetingkap pada butang X di sudut atas kanan tetingkap, atau tekan ALT+F4.


Tips-tips asas ini amat mudah dipraktikkan, tidak perlu ditetapkan setiap masa, dan eloklah diamalkan.

Selamat Mencuba ^^


Tuzki Bunny Emoticon**GT jaga PC macam jaga amoi. Maintenance amoi kan susa.


Antivirus?

Thursday, March 25, 2010

Dear Readers,

Sepanjang pengalaman GT di dalam dunia komputer, seringkali GT ditanyakan soalan "Antivirus apakah yang paling berkesan? "

Jujurnya GT mencadangkan Kaspersky Internet Security (KIS) untuk pelindungan maksimum PC anda semasa online atau tidak kepada rakan2 yang menanyakan soalan di atas. Dan semestilah jika mahu perlindungan menyeluruh, beli lah yang original. ^^
Harus diingat, kita bukan saja mahu dilindungi dari ancaman virus, kita juga harus melindungi keselamatan data-data penting di dalam PC. Saat anda mula online, PC anda sudah pun terdedah kepada risiko kecurian data.

"tak mampu lah beli original, free edition tak ok ke?"

Bukan tidak ok, ok juga. Logically thinking, service yang berbayar dengan service percuma atau murah semestinya banyak perbezaan.

Contohnya jika anda membuat perbandingan antara service hospital swasta dengan kerajaan (maaf, ini dari pengalaman GT sendiri, pengalaman kalian mungkin berbeza), dari pemerhatian dan pengalaman GT, hospital swasta mempunyai kualiti service yang sangat baik. Sesuai dengan harga yang dikenakan. Tambahan, nurse-nurse nya sangat 'baek'. Haha. LOL.

Enough sampai situ, kita kembali pada topik kita. Jika kita lihat service yang diberikan oleh Antivirus free edition, ia tidak lah begitu menyeluruh. Hanya memberikan perlindungan dari virus-virus yang common. Nanti complain pula, kenapa masih ada virus di PC, kenapa Antivirus tak detectlah, and macam2 lagi. More worst, ada sesetengahnya mengadu berlaku kegagalan sistem pada PC mereka. Salah siapa? Pembuat antivirus? atau ? Lu pikirlah sendiri ^^

GT juga tidaklah begitu yakin dengan Antivirus yang berbayar mampu melindungi 100% PC dari terkena jangkitan atau serangan virus. GT lebih suka guna pendekatan jika makan ubat mahal pun belum tentu sembuh penyakit, we still depends on our immunity system to recover kan. So same goes to Antivirus, I prefer to say Antivirus is just a 'suit' to protect our PC, to prevent the virus getting harmful, to control and monitor the virus activities. Kalau nak harap kita as user nak cari satu persatu virus program dalam PC kita, jenuh lah. Beratus-ratus ribu fail nak selongkar and search weehhh... Cara mudah, gunalah program Antivirus.

"tak guna antivirus tak bahaya ke?"

Soalan ini juga famous dikalangan customer yang tight budget. Well, frankly speaking, jika tiada perlindungan langsung, makanya jadilah yang bukan2. Tidak memakai ehem2, dapat lah 'benih'. Jadi rancanglah yang sebaiknya. Got me? ^^

Non-related and nonsense untuk dunia PC. GT juga mempunyai beberapa PC yang tidak menggunakan satu pun perlindungan Antivirus. Masih juga berfungsi dengan baik, tidak dijangkiti. Tidak percaya? Scanlah PC GT. Kebiasaan, PC mudah diserang virus dari perkongsian data, samada melalui storan luaran seperti pemacu jejari USB(thumbdrive), download process, installation of software2 lanun. Nah, ni lah punca2 utama PC kita dijangkiti. Dah tahu punca, kenapa tak avoid? But sampai bila tak mahu cucuk USB, tak mahu download, tak mahu install? Simpan lah PC di muzium, buat pameran lah macam tu.

Bawa bertenang. Masih ada lagi tools2/software2 yang boleh digunakan sebagai alternatif perlindungan. Lebih ringan, lebih berkesan (tidak semua), dan yang paling penting, ia percuma. Suka tak? ^^

Rumusan yang boleh GT buat, readers pilih sendiri level yang mana anda mahukan untuk perlindungan PC anda. Ingat, 'prevention is better than cure' omputeh cakap.

  • Level 5 (Max) - Spend beli Antivirus berbayar, avoid data sharing yang kerap, guna tools tambahan.
  • Level 4 - Spend beli Antivirus berbayar, and depend only on the Antivirus itself.
  • Level 3 - Download and install Antivirus free edition, avoid data sharing yang kerap, guna tools tambahan.
  • Level 2 - Download and install Antivirus free edition, and depend only on the Antivirus itself.
  • Level 1 - Use only tools2 tambahan.
  • Hardcore Level - Tak perlu guna apa2. Ada virus, kasik format saja.
Ok, di bawah ni tools2 tambahan yang GT gunakan pada PC GT yang tiada perisian Antivirus. Ada keempat-empat ini rasanya sudah memadai bagi mereka yang memilih perlindungan Level 2.

  1. Combofix (Download link and tutorial)
  2. Hijackthis
  3. Spybot
  4. CCleaner


Tuzki Bunny Emoticon**suka ayat "Tada wang, tada amoi" <-- ini adalah general.


Windows XP Shortcut

Wednesday, March 10, 2010

Dear Readers,

Pada post kali ini, GT nak listkan shortcut-shortcut key yang boleh digunakan bersama Windows XP. Mungkin ada sesetengah readers yang sudah pun mengetahui shortcut key yang common seperti copy (CTRL+C) atau paste (CTRL+V). Namun tahukah kalian terdapat banyak lagi shorcut key yang lain. Berikut adalah senarai shortcut yang available untuk Windows XP.


General Keyboard Shortcuts

  • CTRL+C (Copy)
  • CTRL+X (Cut)
  • CTRL+V (Paste)
  • CTRL+Z (Undo)
  • DELETE (Delete)
  • SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
  • CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
  • CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
  • F2 key (Rename the selected item)
  • CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
  • CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
  • CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
  • CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
  • CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
  • SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
  • CTRL+A (Select all)
  • F3 key (Search for a file or a folder)
  • ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
  • ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
  • ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
  • ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
  • CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
  • ALT+TAB (Switch between the open items)
  • ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
  • F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
  • F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
  • SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
  • ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
  • CTRL+ESC (Display the Start menu)
  • ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
  • F10 key (Activate the menu bar in the active program)
  • RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
  • LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
  • F5 key (Update the active window)
  • BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
  • ESC (Cancel the current task)
  • SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
  • CTRL+SHIFT+ESC (Open Task Manager)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

  • Windows Logo (Display or hide the Start menu)
  • Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
  • Windows Logo+D (Display the desktop)
  • Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
  • Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
  • Windows Logo+E (Open My Computer)
  • Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
  • CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
  • Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
  • Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
  • Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
  • Windows Logo+U (Open Utility Manager)

Windows Explorer Keyboard Shortcuts

  • END (Display the bottom of the active window)
  • HOME (Display the top of the active window)
  • NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
  • NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
  • NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
  • LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
  • RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Microsoft Internet Explorer Navigation

  • CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
  • CTRL+E (Open the Search bar)
  • CTRL+F (Start the Find utility)
  • CTRL+H (Open the History bar)
  • CTRL+I (Open the Favorites bar)
  • CTRL+L (Open the Open dialog box)
  • CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
  • CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
  • CTRL+P (Open the Print dialog box)
  • CTRL+R (Update the current Web page)
  • CTRL+W (Close the current window)

Tidaklah semestinya readers perlu menghafal setiap satunya. Bagi GT, cukuplah sekadar mengingat shortcut-shortcut key yang anda perlu gunakan kebanyakkan masa. Manakala key yang lain hanya sebagai pengetahuan.

Selamat Mencuba ^^


Tuzki Bunny Emoticon**GT gunakan keyboard keluaran Microsoft, jadi tidak perlu lah nak hafal satu2. Special keyboard ini, di setiap kekuncinya ada di tuliskan shortcut-shortcut di dalam Windows XP, lengkap dengan kekunci Media yang sangat berguna ketika player diaktifkan.



Formating

Wednesday, February 3, 2010

Dear Readers,

GT selalu jugak la buat reformat pc ni. Masa jadi freelance tech dulu, almost every week ada je pc yang dihantar kt rumah untuk diformat. Bagi readers yg tak tau apa yg GT maksudkan ni, well, reformat ni istilah yang biasa digunakan untuk proses instalasi semula OS. Kira nak kembalikan semula lah pc kita kepada keadaan asal. Kebiasaannya orang akn reformat pc ni bila infected by virus, sistem dah mulfunction (gila), missing file, pc slow and so on.

Proses reformat ni melibatkan step by step installation process. Starting with fresh installation OS, pc driver and finally software. Ianya sangat mudah, cumanya proses nya bergantung pada kelajuan pc tesebut, kalau pc dgn spec slow, maka proses installation slow lah. Tp heran, ramai diluar sana masih tidak tahu camne nak reformat pc and masih mahu hantar ke kedai untuk reformat. Bukan apa, tahukah anda, risiko data-data dalam bahaya jika dihantar ke kedai. Manalah tahu ada data-data peribadi, pic2 n video2 yang ehem2 dll ada dalam pc tu, nanti dah tersebar, sendiri yang malu. Tambah lagi, reformat kena charge. Backup data pun kena charge. Berapa banyak duet mahu habis?

So, better buat sendiri dari hantar kat kedai kan? Pernah juga GT tanya pada customer kenapa hantar ke kedai untuk reformat. Di bawah ni komen2 standard customer :

  • "tak tahu langsung format pc"
  • "takut salah format"
  • "leceh la nak format, lama pulak tu"
  • "barang takde la nak format"
Alasan-alasan ni memang biasa la kedengaran dari seorang customer. Jawapan ringkas GT buat mereka :

  • "tak tahu, belajar n bertanya"
  • "takut mencuba sampai bila pun tak pandai"
  • "leceh, tak payah guna komputer, guna je mesin taip"
  • "takde barang, beli la."
Hehe, tapi takdelah GT feedback kat diorang mcm tu, customer lari la. Bisnez tetap biznes. ^^

Ok lah, cukup membebel, dalam post kali ni, GT sertakan link untuk download proses simulasi reformat Windows XP. Diharap ianya dapat membantu readers memahami macam mana proses reformat ni dijalankan.

Windows XP Simulation Setup

Ok, selepas anda memahami konsep asas menginstal OS, langkah berikutnya adalah menginstal driver PC anda. Kebiasaannya apabila anda membeli set PC (set Acer, HP, Dell etc), anda akan diberikan CD/DVD drivers and utilities. Di dalamnya terkandung driver2 yang diperlukan oleh PC anda. Berbeza pula jika anda membeli PC custom, kebiasaannya CD/DVD ini disimpan oleh penjual dengan harapan apabila PC anda mengalami masalah, anda akan hantar semula kepada mereka untuk baikpulih. Keluar duet lagi? haisshh...

Bawa bertenang. Driver yang anda perlukan tidak semestinya bergantung pada CD/DVD tersebut. Anda boleh mendapatkan driver motherboard anda di internet. Hanya search product id/id number motherboard dan cari drivernya. Product id/id number ini kebiasaannya boleh diplihat di bahagian belakang motherboard tersebut. Atau jika tiada, search sahaja di internet nama model motherboard anda. Mudah kan?

Download driver yang paling latest, dan mulakan proses instalasi driver satu per satu. (Backup driver ini untuk digunakan semula nanti samada di dalam external drive atau burn di dalam disc)

Seterusnya, mulakan instalasi perisian yang anda mahukan seperti MS Office, player (RealPlayer; Winamp; Quicktime etc), Adobe Reader, codecs, flash plugins dll. Pastikan anda instal satu per satu.

Selamat Mencuba ^^


Tuzki Bunny Emoticon**GT dulu pun masa mula2 nak bergiat dalam dunia komputer tak tau jugak reformat, tapi hasil usaha bertanya and bimbingan rakan2 yang arif, akhirnya tahu juga. Tak lagi perlu membazir duet hantar ke kedai, or menyusahkan rakan2.




OS (Operating System)

Saturday, January 16, 2010

Berikut adalah kronologi penggunaan OS pada sebuah komputer :



*click to enlarge


Apakah itu OS?

OS adalah set aturcara/program yang menguruskan pekakasan dan perisian bagi sebuah komputer. Tugas-tugas am OS adalah seperti berikut :

  • mengawal dan memperuntukkan ingatan
  • menjadualkan permintaan sistem
  • mengawal peranti input dan peranti output
  • memudahkan perangkaian
  • menguruskan sistem fail

Computer Basic Structure

Saturday, January 2, 2010

Dalam post ini, GT nak terangkan sedikit asas-asas struktur komputer kepada readers yang baru mengenali komputer. Sangat2 berguna untuk starters level. Tidak lah begitu detail serta comprehensive, cukup sekadar pengetahuan asas. Pada post2 yg akan datang, ia akn diterangkan dengan lebih detail, atau jika readers nk tahu lebih lanjut, boleh la cuba merujuk mana-mana artikel berkaitan.

Baik, mari kita berkenalan dgn setiap peripheral asas yg terdapat pada sebuah komputer peribadi (PC).


1. CPU Case
Juga disebut 'casing', 'cpu'. Ia adalah bekas pelindung pekakas elektronik sebuah komputer. Di dalamnya terkandung komponen utama sebuah komputer iaitu motherboard, power supply unit, hard disk, ram, cd/dvd rom, processor, dan cables. (bergantung kepada spesifikasi sesebuah komputer)


motherboard
  • Motherboard / Papan Induk - bertindak sebagai interface (perantara) kepada komponen2 utama yang lain, samaada melalui soket atau penyambungan menggunakan kabel tertentu.
processor
  • Processor - diibarat seperti 'otak'. Ia menjalankan tugas-tugas memproses data, menjalankan operasi, memberi arahan dll. Kelajuan nya bergantung kpd manufacturer. Intel dan AMD adalah manufacturer utama processor. Dgn bantuan perisian dan hardware, kita boleh melajukan sedikit kelajuan standard processor.
random access memory module
  • RAM - random access memory bertindak sebagai ingatan sementara. Ia menyimpan data-data sementara semasa sesuatu operasi sedang dijalankan. RAM membantu processor melancarkan pemprosesan sesuatu operasi. RAM juga mengalami revolusi seiring dengan kelajuan processor. Ketika artikel ini ditulis, versi terbaru adalah DDR3.
hard disk
  • Hard disk - sering disebut cakera keras adalah komponen yang digunakan untuk menyimpan data-data pengguna, fail2 operating system dll. Secara am, ia digunakan untuk menyimpan data.
power supply unit
  • Power Supply Unit / PSU - bertindak sebagai main power atau pembekal kuasa yang menjana papan induk dan seterusnya menjana komponen-komponen komputer yang lain.

cd/dvd ROM
  • CD/DVD ROM - kebiasaan nya digunakan sebagai pemain cd/dvd. Juga kerapkali digunakan untuk proses burning.

IDE / SATA cable
  • Cable - Adalah penyambung2 yang digunakan untuk menyambung komponen2 komputer kepada papan induk. Terdapat 2 jenis kabel utama yang digunakan. Komputer2 generasi terdahulu menggunakan kabel jenis IDE, manakala kabel yang digunakan untuk komputer2 generasi sekarang adalah kabel jenis SATA dan eSATA.
2. Monitor

Monitor adalah output atau paparan visual bagi sesebuah komputer. Jenis-jenis monitor yang sering digunapakai adalah dari jenis CRT dan LCD. Ia juga didatangkan dengan saiz2 dan dari pengeluar yang berbeza2.

3. Peranti-peranti Tambahan

Peranti tambahan berikut juga dianggap komponen utama struktur sebuah komputer.
  • Keyboard / Papan Kekunci
  • Mouse / Tetikus
  • Speaker / Pembesar Suara
  • Printer / Pencetak
  • Scanner / Pengimbas


Komponen-komponen major di atas adalah komponen utama sebuah komputer. Bentuk serta spesifikasinya may vary according to its manufacturer and model, but kegunaannya adalah sama. Penerangan lebih lanjut boleh di dapati di sini.