OS (Operating System)

Saturday, January 16, 2010

Berikut adalah kronologi penggunaan OS pada sebuah komputer :



*click to enlarge


Apakah itu OS?

OS adalah set aturcara/program yang menguruskan pekakasan dan perisian bagi sebuah komputer. Tugas-tugas am OS adalah seperti berikut :

  • mengawal dan memperuntukkan ingatan
  • menjadualkan permintaan sistem
  • mengawal peranti input dan peranti output
  • memudahkan perangkaian
  • menguruskan sistem fail

Computer Basic Structure

Saturday, January 2, 2010

Dalam post ini, GT nak terangkan sedikit asas-asas struktur komputer kepada readers yang baru mengenali komputer. Sangat2 berguna untuk starters level. Tidak lah begitu detail serta comprehensive, cukup sekadar pengetahuan asas. Pada post2 yg akan datang, ia akn diterangkan dengan lebih detail, atau jika readers nk tahu lebih lanjut, boleh la cuba merujuk mana-mana artikel berkaitan.

Baik, mari kita berkenalan dgn setiap peripheral asas yg terdapat pada sebuah komputer peribadi (PC).


1. CPU Case
Juga disebut 'casing', 'cpu'. Ia adalah bekas pelindung pekakas elektronik sebuah komputer. Di dalamnya terkandung komponen utama sebuah komputer iaitu motherboard, power supply unit, hard disk, ram, cd/dvd rom, processor, dan cables. (bergantung kepada spesifikasi sesebuah komputer)


motherboard
  • Motherboard / Papan Induk - bertindak sebagai interface (perantara) kepada komponen2 utama yang lain, samaada melalui soket atau penyambungan menggunakan kabel tertentu.
processor
  • Processor - diibarat seperti 'otak'. Ia menjalankan tugas-tugas memproses data, menjalankan operasi, memberi arahan dll. Kelajuan nya bergantung kpd manufacturer. Intel dan AMD adalah manufacturer utama processor. Dgn bantuan perisian dan hardware, kita boleh melajukan sedikit kelajuan standard processor.
random access memory module
  • RAM - random access memory bertindak sebagai ingatan sementara. Ia menyimpan data-data sementara semasa sesuatu operasi sedang dijalankan. RAM membantu processor melancarkan pemprosesan sesuatu operasi. RAM juga mengalami revolusi seiring dengan kelajuan processor. Ketika artikel ini ditulis, versi terbaru adalah DDR3.
hard disk
  • Hard disk - sering disebut cakera keras adalah komponen yang digunakan untuk menyimpan data-data pengguna, fail2 operating system dll. Secara am, ia digunakan untuk menyimpan data.
power supply unit
  • Power Supply Unit / PSU - bertindak sebagai main power atau pembekal kuasa yang menjana papan induk dan seterusnya menjana komponen-komponen komputer yang lain.

cd/dvd ROM
  • CD/DVD ROM - kebiasaan nya digunakan sebagai pemain cd/dvd. Juga kerapkali digunakan untuk proses burning.

IDE / SATA cable
  • Cable - Adalah penyambung2 yang digunakan untuk menyambung komponen2 komputer kepada papan induk. Terdapat 2 jenis kabel utama yang digunakan. Komputer2 generasi terdahulu menggunakan kabel jenis IDE, manakala kabel yang digunakan untuk komputer2 generasi sekarang adalah kabel jenis SATA dan eSATA.
2. Monitor

Monitor adalah output atau paparan visual bagi sesebuah komputer. Jenis-jenis monitor yang sering digunapakai adalah dari jenis CRT dan LCD. Ia juga didatangkan dengan saiz2 dan dari pengeluar yang berbeza2.

3. Peranti-peranti Tambahan

Peranti tambahan berikut juga dianggap komponen utama struktur sebuah komputer.
  • Keyboard / Papan Kekunci
  • Mouse / Tetikus
  • Speaker / Pembesar Suara
  • Printer / Pencetak
  • Scanner / Pengimbas


Komponen-komponen major di atas adalah komponen utama sebuah komputer. Bentuk serta spesifikasinya may vary according to its manufacturer and model, but kegunaannya adalah sama. Penerangan lebih lanjut boleh di dapati di sini.